fbpx

7 Makanan Melegakan Sakit Sendi Lutut Yang Boleh Dicuba

Selain penjagaan berat badan, ubat-ubatan dan terapi, makanan juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit sendi lutut. Tetapi ada juga makanan yang harus dielakkan bagi mengelakkan sakit ini bertambah teruk.

Berikut merupakan 7 makanan yang terbaik untuk dimakan bagi melegakan sakit sendi lutut yang dihidapi:

1. Minyak Zaitun

Satu kajian terhadap tikus di makmal mendapati pengambilan minyak zaitun muda kualiti tinggi selama 6 minggu dapat menghentikan pembentukan sakit sendi, pembengkakkan sendi dan memperlahankan kehilangan rawan.
Minyak zaitun juga dapat mengurangkan bengkak dan mencegah daripada kemusnahan rawan pada sendi

2. Lemak Ikan

Asid lemak omega-3 bertindak mengurangkan keradangan (inflamasi) dengan mengekang penghasilan sitokin dan enzim yang memecahkan rawan.
Selain itu, asid lemak omega-3 ini juga boleh merawat reumatoid artritis.
Antara ikan-ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 ialah ikan salmon, ikan sardin, ikan bilis, ikan tenggiri, tiram dan telur yang diperkaya dengan asid lemak omega-3.

3. Halia

Selain menjadi penambah rasa dalam masakan, halia juga turut mempunyai khasiat dalam merawat sakit sendi. Satu kajian yang dijalankan terhadap 261 pesakit sendi lutut mendapati ekstrak halia dapat mengurangkan kesakitan lutut.
Dalam satu kajian terhadap keberkesanan halia dalam merawat osteoartritis mendapati halia dapat mengurangkan kesakitan dan ketidakupayaan.

4. Buah oren

Buah oren adalah antara buah yang tinggi dengan vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu dalam badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam membaiki dan mengekalkan rawan dan turut dapat mengurangkan gejala sakit sendi lutut.
Selain buah oren, buah betik , jambu batu dan nanas juga antara buah yang kaya dengan vitamin C.

5. Ikan sardin

Ikan sardin merupakan salah satu sumber yang tinggi dengan vitamin D. Vitamin D mempunyai khasiat untuk melegakan sakit sendi lutut.
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin D boleh mengurangkan kerosakan pengoksidaan protein, mengurangkan kesakitan, menambah baik kualiti hidup dan meningkatkan kekuatan cengkaman serta pretasi fizikal pesakit sendi lutut.

6. Sayur bayam

Sayuran berdaun hijau seperti bayam kaya dengan nutrien yang berkhasiat. Sayur bayam tinggi dengan kandungan antioksidan yang dikenali sebagai kaempferol. Kaempferol ini didapati boleh mengurangkan kesan keradangan yang berkait dengan reumatoid artritis.
Selain itu, kajian tabung uji terhadap sel rawan menggunakan kaempferol menunjukkan pengurangan keradangan dan mencegah daripada merebaknya osteoartritis

7. Buah aprikot

Warna jingga pada buah aprikot ini datang daripada sebatian yang dikenali sebagai beta-karotena. Beta-karotena ialah antioksidan yang boleh membantu memusnahkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan pada sendi.
Beta-karotena ini juga boleh mengurangkan risiko perkembangan osteoartritis. Kehadiran beta-karotena dalam buah-buahan dan sayur-sayuran senang dikenalpasti kerana sebatian ini memberikan warna jingga terhadap buah dan sayur tersebut.

Kesimpulan

Penjagaan pemakanan juga antara faktor yang boleh mengurangkan dan melegakan sakit sendi lutut. Senarai makanan ini diharap dapat membantu serta dimanfaatkan oleh pesakit osteoartritis atau sakit sendi lutut.

DENGAN PEMBELIAN MANA-MANA PAKEJ DI WEBSITE HARI INI, ANDA BERPELUANG MEMENANGI HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM8,114.00

TARIKH UMUM PEMENANG PADA 07/10/2022
Sempat lagi kalau nak membeli 🤩🤩

Khas untuk anda hari ini , Kami nak bagi anda special free gift untuk anda bernilai sehingga RM167 terhad untuk pembelian hari ini sahaja melalui website ini sahaja

Untuk Dapatkan Hadiah PERCUMA dan LAYAK menyertai CABUTAN BERTUAH ini hanya belian dalam website hq ini sahaja. dan tidak terdapat di mana² platform lain seperti di shopee,lazada dan sebagainya…

PAKEJ
5 KOTAK

5 HADIAH & POSTAGE PERCUMA
RM550
RM 300 JIMAT RM250
  • 5 Botol HAVE 30ml
  • Percuma 2 Kotak Have Knee Patch
  • Percuma Have Dokuso Foor Pad
  • Percuma Massage Boy Acupuncture Trerapy
  • Percuma Have Wovan Bag
  • Percuma Postage & COD
  • Diskaun RM10 Untuk Bayaran Online
  • JAMINAN WANG Dikembalikan Jika Tak Berkesan
PAKEJ BARU

PAKEJ
LENGKAP

2 HADIAH & POSTAGE PERCUMA
RM330
RM 200 JIMAT RM130
  • 3 Botol HAVE 30ml
  • Percuma Have Dokuso Foor Pad
  • Percuma Knee Brace 1 Pair
  • Percuma Postage & COD
  • Diskaun RM10 Untuk Bayaran Online
  • JAMINAN WANG Dikembalikan Jika Tak Berkesan
PALING LARIS

PAKEJ
RAWATAN

POSTAGE & COD PERCUMA
RM220
RM 150 JIMAT RM80
  • 2 Botol HAVE 30ml
  • Percuma Postage & COD
  • Diskaun RM10 Untuk Bayaran Online

PAKEJ
PERCUBAAN

POSTAGE & COD PERCUMA
RM110
RM 90 JIMAT RM20
  • 1 Botol HAVE 30ml
  • Percuma Postage & COD
  • Diskaun RM10 Untuk Bayaran Online